Rancangan Pengajaran Harian
Subjek : Bahasa Malaysia
Tarikh : 2.3.2011.
Masa : 12.00-1.00 petang ( 1 Jam )
Jumlah Pelajar : 3 orang
Tema / Tajuk : Unit 3 Seronoknya Dengan Keluarga
Standard Pembelajaran: 1.2.2 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata terbuka dengan betul dan tepat.
: 1.2.3 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat.
: 2.1.3 Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.
Objektif Pembelajaran : Di akhir pelajaran, murid dapat
1. Menyebut dan membunyikan suku kata kv berdasarkan kad sukukata.
2. Menunjukkan kad kv yang disebut oleh guru dengan betul sekurang-kurangnya 8 daripada 10 perkataan.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menyebut huruf vokal a, e, I, o, u dengan jelas dan tepat.
Unsur Kemahiran Berfikir : 1. Menghubung kait
2. Membanding dan membeza
Penerapan nilai : 1. Berkerjasama
2. Toleransi
Alat Bantu Mengajar : 1. Kad huruf vokal
2. Kad suku kata
3. Kad roda (suku kata)
4. Kad roda (vokal – bergambar)
5.Kad huruf besar
Langkah | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran | catatan | ||||
Set Induksi (±5 minit ) | Soalan: 1. Apa yang kamu lakukan semalam? 2. Tadi masa rehat dah makan? 3.Makan apa? | 1. Guru bertanya khabar. 2. Guru bertanya soalan: | KB- menghubung kait | ||||
Perkembangan (Langkah 1) (±15 minit ) | Pengajaran | 1. Guru tunjuk kad suku kata. 2. Murid menyebut suku kata mengikut sebutan guru. 3. Setiap murid diberi peluang menyebut kad suku kata yang ditunjukkan. 4. Permainan ‘mencari suku kata’. 5.Guru menyebut dan murid mencari suku kata yang betul. 6.Murid yang dapat mencari suku kata yang paling banyak dikira menang. | KB- bacaan mekanis ABM- Kad suku kata | ||||
Perkembangan (Langkah 2) (±15 minit ) | Latihan Pengukuhan: | 1. Murid menuliskan dan melengkapkan perkataan dalam roda vokal-gambar. | KB- klasifikasi Nilai Moral- kesabaran ABM- Kad roda (vokal-gambar) | ||||
Perkembangan (Langkah 3) (±20 minit ) | Permainan: ‘ Cantum dan Bunyi’
| 1. Permainan ‘Cantum Dan Bunyi’ dimainkan. 2. Murid dikehendaki mencantumkan kad huruf besar dengan kad huruf vokal lalu membunyikannya. | KB- klasifikasi Nilai Moral- berkerjasama | ||||
Penutup (±5 minit ) | Nyanyian ‘ABC’ | 1. Guru menyanyikan lagu ‘ABC’. 2. Murid beritahu apa yang telah belajar. -ba,ca,da,fi,ge,me,mi,fe,he | KB- Membuat Kesimpulan |
Refleksi:
Dalam latihan pengukuhan yang menggunakan roda vocal-bergambar, murid-murid agak bising apabila cuba bermain untuk melengkapkan perkataan roda tersebut. Saya dapati roda yang saya sediakan terlalu kecil sehingga mereka terpaksa merebut-rebut untuk melengkapkan perkataan. Dalam kelas yang akan datang saya dikehendaki menyediakan alat bantu mengajar yang besar untuk mengelakkan murid merebut-rebut untuk melengkapkan perkataan.
No comments:
Post a Comment