Rancangan Pengajaran Harian
Subjek : Bahasa Malaysia
Tarikh : 23.2.2011.
Masa : 12.00-1.00 petang ( 1 Jam )
Jumlah Pelajar : 3 orang
Tema / Tajuk : Unit 2 Belajar Bersama-sama
Standard Pembelajaran : 2.1.2 Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.
: 1.2.2 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata terbuka dengan betul dan tepat.
Objektif Pembelajaran : Di akhir pelajaran, murid dapat
1. Menyebut dan membunyikan suku kata kvkv sekurang-kurangnya 6 daripada 8 perkataan.
2. Menunjukkan kad kvkv yang disebut oleh guru dengan betul sekurang-kurangnya 8 daripada 10 perkataan.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menyebut suku kata kv dengan jelas dan tepat.
Unsur Kemahiran Berfikir: Menghubung kait
Alat Bantu Mengajar : 1. Sampul surat
2. Kertas latihan‘Cari Perkataan’
3. Kad suku kat kvkv
Langkah | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran | catatan |
Set Induksi (±5 minit ) | Soalan: 1. Apa khabar? 2. Bagaimana dengan sambutan Tahun Baru Cina? 3.Awak dapat berapa ang pow? | 1. Guru bertanya khabar. 2. Guru bertanya soalan: 3. Nyanyian ‘ABC’ dengan gerakan tangan. | KB- menghubung kait |
Perkembangan (Langkah 1) (±15 minit ) | Pengajaran Cth: baju bola bayi | 1. Guru memaparkan suku kata kv+kv melalui Power point slide show. 2. Guru membaca suku kata kv+kv. 3. Murid membaca suku kata kv+kv. | KB- bacaan mekanis |
Perkembangan (Langkah 2) (±15 minit ) | Latihan: 1. ba + ju=______ 2. roti =___+___ | 1. Guru mengedarkan latihan kepada murid. 2. Guru menjelaskan cara untuk menyiapkan latihan. | KB- klasifikasi Nilai Moral- kesabaran |
Perkembangan (Langkah 3) (±20 minit ) | Permainan: | 1. Guru melekatkan gambar pada papan putih. 2. Guru menunjukkan dua kotak yang adanya suku kata kv. 3. Murid diminta menggabungkan suku kata kv+kv dab memadankannya dengan gambar. | KB- klasifikasi Nilai Moral- berkerjasama |
Penutup (±5 minit ) | Nyanyian ‘ABC’ | 1. Murid beritahu apa yang telah belajar. 2. Guru menyanyikan lagu ‘ABC’. | KB- Membuat Kesimpulan |
Refleksi:
Objektif pada pengajaran dan pembelajaran ini tercapai apabila murid-murid dapat menyebut lebih daripada 6 suku kata kv+kv. Dalam permainan memadankan perkataan dengan gambar, mereka telah dapat melengkapkan kesemuanya sebanyak 14 soalan. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan yang salah dipadankan. Contohnya, dadu menjadi duda, labu menjadi bula dan buku menjadi duku.
No comments:
Post a Comment