My Blog List

My Link

Monday, 12 December 2011

Bahasa Malaysia Tahun 2



Tarikh                        : 16-11-2011
Masa                         : 8.30-9.00 pagi
Jumlah Pelajar          : 8 orang
Tema                         : Unit 4 Badan sihat, Minda cergas
Tajuk                          : Makanan untuk kesihatan
Fokus Utama             : 1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan                                  tentang sesuatu perkara.
                                     Aras 1
i.        Mendengar dan memahami arahan atau pesanan dengan teliti.
ii.      Menyatakan arahan atau pesanan dengan pesanan yang betul.
Fokus Sampingan  : 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan , intonasi,                                    dan gaya pembacaan yang sesuai.
                                     Aras 1
i.        Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Hasil Pembelajaran       : Di akhir pelajaran, murid dapat
1.    Melengkapkan jadual.
2.    Membaca petikan yang diberikan.
Sistem bahasa        :      Tatabahasa: Ayat tunggal, kata nama
                                          Kosa kata: karbohidrat, protein, zat, vitamin, lemak
Pengisian kurikulum:    Ilmu: Sains, KT, PJK
                                          Nilai: kebersihan fizikal dan mental
Kemahiran Bernilai Tambah :   KB: mengkategori dan meramal
                                                        KP: Kontekstual, Kontrukivisme
Pengetahuan Sedia Ada     : Murid mengetahui apa itu makanan seimbang.
Unsur Kemahiran Berfikir   : Menghubung kait, bacaan mekanis, klasifikasi,                                                membuat kesimpulan.
Alat Bantu Mengajar            : Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2, Buku Latihan                                                 dan Aktiviti Tahun 2, komputer, kad manila,



Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan /  Mencungkil idea
(±3minit )
Poster
1.Guru menunjukkan sebuah poster dengan menggunakkan ‘power point’.
2.Guru mengcungkil pengetahuan pelajar tentang bahan makanan yang terdapat dalam poster.
3.Guru mengaitkannya dengan isi pelajaran pada hari ini iaitu: Makanan Untuk Kesihatan.
1.Murid meneliti bahan yang terdapat dalam poster.
2.Murid senaraikan bahan makanan yang terdapat dalam poster.
KB- menghubung kait
Perkembangan
(Langkah 1)
(±10minit )

Objektif 1:
Membaca petikan yang diberikan
Petikan “Rahsia Kesihatan Badan”
1.Guru membaca petikan.
2.Guru menerangkan maksud dalam petikan.
1. Murid membaca petikan.
2.Murid mendengar penerangan cikgu.
KB- bacaan mekanis

Perkembangan
(Langkah 2)
(±14minit )

Objektif 2:
Melengkapkan jadual
Lembaran kerja
1.Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.
2.Guru menyuruh murid berkerjasama melengkapkan jadual dalam kumpulan.
1.Murid dibahagi kepada 3 kumpulan.
2.Murid melengkapkan jadual dalam kumpulan.
KB- klasifikasi

Nilai Moral- Berkerjasama
Penutup
(±3minit )
Nyanyian
‘twinkle-twinkle litter star’
Lebihkan makanan berprotein,
Kurangkan makanan bergaram, berlemak dan bergula,
Kurangkan minuman berkarbonat.
1.Guru menyanyikan lagu yang direka oleh guru.

1.Murid menyanyi lagu yang diajar oleh cikgu.
KB- Membuat Kesimpulan


REFLEKSI MAKRO-PENGAJARAN
PENGENALAN:
       Saya menjalankan rancangan pengajaran Bahasa Malaysia Tahun 2 dengan menggunakan mp4 untuk merakamkan sebanyak 30 minit, iaitu satu masa. Oleh kerana sekolah saya adalah sekolah kurang murid, maka jumlah bilangan pelajar dalam kelas ini hanya 8 orang murid sahaja.

KEKUATAN :
Murid-murid dapat menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana kaadaan kelas yang tersusun dan konduksif. Oleh kerana bilangan murid juga tidak ramai, maka guru dapat memerhatikan setiap tindak balas untuk setiap murid. Ini telah menjadi satu kekuatan bagi guru dalam pengurusan kelas.
Dalam sesi set induksi, saya telah memaparkan sebuah poster melalui projekter kepada murid-murid memerhatikan lalu menjawab soalan saya. Murid dapat menjawab soalan saya dengan tepat sekali. Bagi murid-murid yang mencuba, saya telah memberi galakkan dan dorongan kepadanya untuk menyakinkan mereka atas keberanian untuk mencuba.
Didapati murid-murid amat minat dalam sesi permainan. Mereka melibatkan dengan aktif walaupun bilangan murid tidak ramai. Tambahan lagi, sikap bekerjasama dan tidak berebut-rebut untuk menampil ke hadapan amat saya hargai. Tujuan permainan kecil ini adalah untuk menilai tahap kefahaman murid-murid tentang penerangan saya tadi. Selain itu, saya juga berharap murid yang baik boleh membantu murid yang lemah untuk memadankan jawapan bersama. Akan tetapi, oleh sebab bilangan murid tidak ramai, saya tidak membuat aktiviti dalam kumpulan. Mula-mula, murid takut untuk menampil ke hadapan tetapi akhirnya mereka merebut-rebut untuk mengangkat tangan untuk menjawab soalan.
Dalam sesi penutup, guru menggunakan nyanyian bagi tujuan pengukuhan. Murid-murid berasa menarik apabila menyanyi.
Proses pengajaran dan pembelajaran ini dijalakan dalam keadaan yang harmoni dan konduksif. Murid-murid berani mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang saya kemukakan.
Secara keseluruhannya , saya amat memuaskan dengan proses pengajaran dan pembelajaran hairi ini. Objektif pengajaran dan pembelajaran saya tercapai kerana murid-murid dapat menjawab dan melengkapkan jadual dengan betul.

KELEMAHAN :
Didapati Set induksi terlalu cepat dan masa yang digunakan tidak sampai 3 minit. Ini disebabkan cara percakapan saya masih terlalu pantas. Selain itu, saya hanya tunjukkan poster di depan sahaja. Selain itu, poster yang dipaparkan kurang terang menyebabkan murid keliru apa yang terdapat dalam poster.
Dalam sesi permainan, saya berasa agak bosan kerana tiada aktiviti antara murid dengan murid yang lain. Walaupun murid merebut-rebut mengangkat tangan menampil ke hadapan untuk menjawab soalan.
Masa 30 minit dalam sesi ini nampaknya agak mencukupi. Sebenarnya latihan pengukuhan boleh ditambahkan lagi kerana didapati murid-murid yang baik dapat menyaipkannya dalam masa yang singkat. Di samping itu, suara semasa rakaman tidak jelas.

LANGKAH MENGATASI :
Setelah menonton kembali rakaman saya, didapati terdapat banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki. Maka, saya haruslah memikirkan langkah mengatasi masalah-masalah tersebut dan cuba mempertingkatkan prestasi saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya ini, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah penguasaan ketepatan masa dalam set induksi supaya tidak dijalankan dalam masa yang terlalu singkat. Selain itu, poster yang saya gunakan melalui paparan LCD, gambar yang ditunjukkan kurang jelas kerana poster yang digunakan kurang jelas. Oleh itu, saya akan menggunakkan alat bantu mengajar yang maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Cara ini akan membantu saya menarik perhatian murid-murid.
Dalam sesi permainan, saya juga boleh menjalankan aktiviti kumpulan walaupun bilangan murid yang sikit. Saya boleh membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan iaitu 2 orang dalam satu kumpulan. Mereka boleh berbincang untuk melengkapkan jadual tersebut. Aktiviti ini juga boleh merapatkan hubungan murid. Guru sebagai pembimbing juga boleh memberi tunjuk ajar sekirannya kumpulan tersebut memerlukan.
       Tambahan lagi, guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid atau membantu murid yang lebih lemah serta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Cara ini dapat menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid dan merapatkan hubungan secara dua hala.
Akhirnya, izinkan saya meminta maaf atas masalah suara yang dirakam dalam mp4 yang saya gunakan tidak jelas. Walau bagaimanapun, ini telah menjadi satu pengalaman yang baik kepada saya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam penggunaan ICT.

No comments:

Post a Comment