Tong Siow Yeng D20102044855 EL—J11
My Blog List
My Link
Monday, 12 December 2011
Bahasa Malaysia Tahun 2
Tarikh : 16-11-2011
Masa : 8.30-9.00 pagi
Jumlah Pelajar : 8 orang
Tema : Unit 4 Badan sihat, Minda cergas
Tajuk : Makanan untuk kesihatan
Fokus Utama : 1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.
Aras 1
i. Mendengar dan memahami arahan atau pesanan dengan teliti.
ii. Menyatakan arahan atau pesanan dengan pesanan yang betul.
Fokus Sampingan : 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan , intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai.
Aras 1
i. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pelajaran, murid dapat
1. Melengkapkan jadual.
2. Membaca petikan yang diberikan.
Sistem bahasa : Tatabahasa: Ayat tunggal, kata nama
Kosa kata: karbohidrat, protein, zat, vitamin, lemak
Pengisian kurikulum: Ilmu: Sains, KT, PJK
Nilai: kebersihan fizikal dan mental
Kemahiran Bernilai Tambah : KB: mengkategori dan meramal
KP: Kontekstual, Kontrukivisme
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui apa itu makanan seimbang.
Unsur Kemahiran Berfikir : Menghubung kait, bacaan mekanis, klasifikasi, membuat kesimpulan.
Alat Bantu Mengajar : Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2, Buku Latihan dan Aktiviti Tahun 2, komputer, kad manila,
Langkah | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran | catatan | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Permulaan / Mencungkil idea (±3minit ) | Poster | 1.Guru menunjukkan sebuah poster dengan menggunakkan ‘power point’. 2.Guru mengcungkil pengetahuan pelajar tentang bahan makanan yang terdapat dalam poster. 3.Guru mengaitkannya dengan isi pelajaran pada hari ini iaitu: Makanan Untuk Kesihatan. | 1.Murid meneliti bahan yang terdapat dalam poster. 2.Murid senaraikan bahan makanan yang terdapat dalam poster. | KB- menghubung kait |
Perkembangan (Langkah 1) (±10minit ) Objektif 1: Membaca petikan yang diberikan | Petikan “Rahsia Kesihatan Badan” | 1.Guru membaca petikan. 2.Guru menerangkan maksud dalam petikan. | 1. Murid membaca petikan. 2.Murid mendengar penerangan cikgu. | KB- bacaan mekanis |
Perkembangan (Langkah 2) (±14minit ) Objektif 2: Melengkapkan jadual | Lembaran kerja | 1.Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan. 2.Guru menyuruh murid berkerjasama melengkapkan jadual dalam kumpulan. | 1.Murid dibahagi kepada 3 kumpulan. 2.Murid melengkapkan jadual dalam kumpulan. | KB- klasifikasi Nilai Moral- Berkerjasama |
Penutup (±3minit ) | Nyanyian ‘twinkle-twinkle litter star’ Lebihkan makanan berprotein, Kurangkan makanan bergaram, berlemak dan bergula, Kurangkan minuman berkarbonat. | 1.Guru menyanyikan lagu yang direka oleh guru. | 1.Murid menyanyi lagu yang diajar oleh cikgu. | KB- Membuat Kesimpulan |
REFLEKSI MAKRO-PENGAJARAN
PENGENALAN:
Saya menjalankan rancangan pengajaran Bahasa Malaysia Tahun 2 dengan menggunakan mp4 untuk merakamkan sebanyak 30 minit, iaitu satu masa. Oleh kerana sekolah saya adalah sekolah kurang murid, maka jumlah bilangan pelajar dalam kelas ini hanya 8 orang murid sahaja.
KEKUATAN :
Murid-murid dapat menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana kaadaan kelas yang tersusun dan konduksif. Oleh kerana bilangan murid juga tidak ramai, maka guru dapat memerhatikan setiap tindak balas untuk setiap murid. Ini telah menjadi satu kekuatan bagi guru dalam pengurusan kelas.
Dalam sesi set induksi, saya telah memaparkan sebuah poster melalui projekter kepada murid-murid memerhatikan lalu menjawab soalan saya. Murid dapat menjawab soalan saya dengan tepat sekali. Bagi murid-murid yang mencuba, saya telah memberi galakkan dan dorongan kepadanya untuk menyakinkan mereka atas keberanian untuk mencuba.
Didapati murid-murid amat minat dalam sesi permainan. Mereka melibatkan dengan aktif walaupun bilangan murid tidak ramai. Tambahan lagi, sikap bekerjasama dan tidak berebut-rebut untuk menampil ke hadapan amat saya hargai. Tujuan permainan kecil ini adalah untuk menilai tahap kefahaman murid-murid tentang penerangan saya tadi. Selain itu, saya juga berharap murid yang baik boleh membantu murid yang lemah untuk memadankan jawapan bersama. Akan tetapi, oleh sebab bilangan murid tidak ramai, saya tidak membuat aktiviti dalam kumpulan. Mula-mula, murid takut untuk menampil ke hadapan tetapi akhirnya mereka merebut-rebut untuk mengangkat tangan untuk menjawab soalan.
Dalam sesi penutup, guru menggunakan nyanyian bagi tujuan pengukuhan. Murid-murid berasa menarik apabila menyanyi.
Proses pengajaran dan pembelajaran ini dijalakan dalam keadaan yang harmoni dan konduksif. Murid-murid berani mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang saya kemukakan.
Secara keseluruhannya , saya amat memuaskan dengan proses pengajaran dan pembelajaran hairi ini. Objektif pengajaran dan pembelajaran saya tercapai kerana murid-murid dapat menjawab dan melengkapkan jadual dengan betul.
KELEMAHAN :
Didapati Set induksi terlalu cepat dan masa yang digunakan tidak sampai 3 minit. Ini disebabkan cara percakapan saya masih terlalu pantas. Selain itu, saya hanya tunjukkan poster di depan sahaja. Selain itu, poster yang dipaparkan kurang terang menyebabkan murid keliru apa yang terdapat dalam poster.
Dalam sesi permainan, saya berasa agak bosan kerana tiada aktiviti antara murid dengan murid yang lain. Walaupun murid merebut-rebut mengangkat tangan menampil ke hadapan untuk menjawab soalan.
Masa 30 minit dalam sesi ini nampaknya agak mencukupi. Sebenarnya latihan pengukuhan boleh ditambahkan lagi kerana didapati murid-murid yang baik dapat menyaipkannya dalam masa yang singkat. Di samping itu, suara semasa rakaman tidak jelas.
LANGKAH MENGATASI :
Setelah menonton kembali rakaman saya, didapati terdapat banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki. Maka, saya haruslah memikirkan langkah mengatasi masalah-masalah tersebut dan cuba mempertingkatkan prestasi saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya ini, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah penguasaan ketepatan masa dalam set induksi supaya tidak dijalankan dalam masa yang terlalu singkat. Selain itu, poster yang saya gunakan melalui paparan LCD, gambar yang ditunjukkan kurang jelas kerana poster yang digunakan kurang jelas. Oleh itu, saya akan menggunakkan alat bantu mengajar yang maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Cara ini akan membantu saya menarik perhatian murid-murid.
Dalam sesi permainan, saya juga boleh menjalankan aktiviti kumpulan walaupun bilangan murid yang sikit. Saya boleh membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan iaitu 2 orang dalam satu kumpulan. Mereka boleh berbincang untuk melengkapkan jadual tersebut. Aktiviti ini juga boleh merapatkan hubungan murid. Guru sebagai pembimbing juga boleh memberi tunjuk ajar sekirannya kumpulan tersebut memerlukan.
Tambahan lagi, guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid atau membantu murid yang lebih lemah serta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Cara ini dapat menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid dan merapatkan hubungan secara dua hala.
Akhirnya, izinkan saya meminta maaf atas masalah suara yang dirakam dalam mp4 yang saya gunakan tidak jelas. Walau bagaimanapun, ini telah menjadi satu pengalaman yang baik kepada saya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam penggunaan ICT.
Friday, 9 December 2011
Bahasa Malaysia Tahun 1
Rancangan Pengajaran Harian
Subjek : Bahasa Malaysia
Tarikh : 2.3.2011.
Masa : 12.00-1.00 petang ( 1 Jam )
Jumlah Pelajar : 3 orang
Tema / Tajuk : Unit 3 Seronoknya Dengan Keluarga
Standard Pembelajaran: 1.2.2 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata terbuka dengan betul dan tepat.
: 1.2.3 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat.
: 2.1.3 Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul.
Objektif Pembelajaran : Di akhir pelajaran, murid dapat
1. Menyebut dan membunyikan suku kata kv berdasarkan kad sukukata.
2. Menunjukkan kad kv yang disebut oleh guru dengan betul sekurang-kurangnya 8 daripada 10 perkataan.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menyebut huruf vokal a, e, I, o, u dengan jelas dan tepat.
Unsur Kemahiran Berfikir : 1. Menghubung kait
2. Membanding dan membeza
Penerapan nilai : 1. Berkerjasama
2. Toleransi
Alat Bantu Mengajar : 1. Kad huruf vokal
2. Kad suku kata
3. Kad roda (suku kata)
4. Kad roda (vokal – bergambar)
5.Kad huruf besar
Langkah | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran | catatan | ||||
Set Induksi (±5 minit ) | Soalan: 1. Apa yang kamu lakukan semalam? 2. Tadi masa rehat dah makan? 3.Makan apa? | 1. Guru bertanya khabar. 2. Guru bertanya soalan: | KB- menghubung kait | ||||
Perkembangan (Langkah 1) (±15 minit ) | Pengajaran | 1. Guru tunjuk kad suku kata. 2. Murid menyebut suku kata mengikut sebutan guru. 3. Setiap murid diberi peluang menyebut kad suku kata yang ditunjukkan. 4. Permainan ‘mencari suku kata’. 5.Guru menyebut dan murid mencari suku kata yang betul. 6.Murid yang dapat mencari suku kata yang paling banyak dikira menang. | KB- bacaan mekanis ABM- Kad suku kata | ||||
Perkembangan (Langkah 2) (±15 minit ) | Latihan Pengukuhan: | 1. Murid menuliskan dan melengkapkan perkataan dalam roda vokal-gambar. | KB- klasifikasi Nilai Moral- kesabaran ABM- Kad roda (vokal-gambar) | ||||
Perkembangan (Langkah 3) (±20 minit ) | Permainan: ‘ Cantum dan Bunyi’
| 1. Permainan ‘Cantum Dan Bunyi’ dimainkan. 2. Murid dikehendaki mencantumkan kad huruf besar dengan kad huruf vokal lalu membunyikannya. | KB- klasifikasi Nilai Moral- berkerjasama | ||||
Penutup (±5 minit ) | Nyanyian ‘ABC’ | 1. Guru menyanyikan lagu ‘ABC’. 2. Murid beritahu apa yang telah belajar. -ba,ca,da,fi,ge,me,mi,fe,he | KB- Membuat Kesimpulan |
Refleksi:
Dalam latihan pengukuhan yang menggunakan roda vocal-bergambar, murid-murid agak bising apabila cuba bermain untuk melengkapkan perkataan roda tersebut. Saya dapati roda yang saya sediakan terlalu kecil sehingga mereka terpaksa merebut-rebut untuk melengkapkan perkataan. Dalam kelas yang akan datang saya dikehendaki menyediakan alat bantu mengajar yang besar untuk mengelakkan murid merebut-rebut untuk melengkapkan perkataan.
Wednesday, 7 December 2011
Mathematics Year 3
Daily Lesson Plan
Subject : Mathematics
Class : 3 ( 6 pupils )
Date : 22.2.2011( Tuesday )
Time : 8.30-9.30a.m ( 1 hour )
Topic : Whole Numbers – Subtraction with the range of 10000
Learning objectives : At the end of the lesson, pupils should be able to:
(a) Understand subtract as “take away” or “different” between two groups of objects.
Learning outcomes : 1. Subtract two numbers up to 4-digits without regrouping.
2. Subtract two numbers up to 4-digits with regrouping.
Prior knowledge : 1. Pupils know how to subtract numbers up to 3-digits without regrouping.
2. Pupils know how to subtract numbers up to 3-digits with regrouping.
Thinking skills : 1. Generate idea
2. Logical mathematics
3. Identifying
4. Solve problems
Moral values : 1. Self-confidence
2. Diligent
3. Co-operate
4. Carefulness
5. Pay Attention
Teaching aids : 1. A packet of sweets
2. Vocabulary cards
3. Number cards
4. “-” sign
5. Worksheet
Stage/ Time | Content | Teaching Learning Activity | Remark |
Induction Set (±5 minutes) | Greetings:- 1. How are you feeling today? 2. Had you taken your breakfast? 3. What do you have for your breakfast? Teacher asks questions:- 1. Let see what I have here today. 2. What is this? 3. What do you say 糖果 in English? 4. How many sweets are there? 5. Can you make a guess? 6. I take away one sweet. How many sweets were left? 7. Do you know what I am going to teach today? | 1. Teacher greets the pupils and so do the pupils. 2. Teacher asks question and pupils reply. 3. Teacher takes out one packet of sweets. 4. Teacher asks question and pupils reply. 5. Teacher takes out 1 sweet from the packet. 6. Pupils are asked how many sweets are left. 7. Teacher takes away 2 sweets. 8. Pupils are asked how many sweets are left. 9. Teacher relates the conversation to the today’s topic. | Aids: 1. A packet of sweets Thinking skills: 1. Generate idea Moral Value: 1. Cooperate 2. Self-confidences |
Lesson Development Step 1 (±15 minutes) | Subtraction within the range of 10000 without regrouping. Teacher asks questions: 1. Do you know how to read this words? 2. Let’s read together loudly. eg. Take away 拿掉 Subtract 减 Different 相差 How many left? 还剩多少? | 1. Teacher shows vocabulary cards. 2. Teacher pastes the cards on the white board. 3. Teacher reads out the words. 4. Pupils read out the words. 5. Teacher explains the words in Chinese. 6. Teacher forms the Mathematical sentence in words. 7. Teacher explain how to change the Mathematical sentences into number by using the sign of “-”. 8. From the vertical form, teacher teaches the pupils to write in horizontal form. 9. All pupils volunteer to come out and do 6 questions on the white board. 10. Teacher acess their work. | Aids: 1. Vocabulary cards 2. “-” sign 3. Number cards Thinking skills: 1. Identifying 2. Logical mathematical Moral Value: 1. Carefulness 2. Co-operate 3. Pay attention |
Step 2 (±20 minutes ) | Subtraction within the range of 10000 with regrouping. | 1. Teacher shows another set of number cards. 2. Teacher forms a question in vertical form. 3. Teacher explains how to subtract the two groups of numbers with regrouping. 4. Teacher does two example. 5. All pupils come out and do the examples on the white board. | Aids: 1. Number cards Thinking skills: 1. Logical mathemathics 2. Identifying Moral Value: 1. Carefulness |
Step 3 (±15 minutes ) | Consolidation Activity eg: Group 1- 6 questions Group 2- 10 questions Group 3- 15 questions | 1. The pupils are divided into 3 groups. 2. Teacher distributes worksheet to the pupils. 3. Teacher explains how to do the worksheet. 4. Pupils do the worksheet under the guidance of teacher. 5. Discussion will be done after pupils have completed the worksheet. | Aids: 1. Worksheet Thinking skills: 1. Logical mathemathics 2. Solve problems Moral Value: 1. Carefulness 2. Diligent |
Closure (±5 minutes ) | Exercise at home (refer: Mathematic Year 3: Activity Book ) Teacher asks questions: 1. What have you learn today? 2. Do go back and do your homework. 3. See clearly and understand the question before you do. | 1. Pupils are asked what they have learn. 2. Teacher access pupils with exercises. 3. Pupils need to submit the task by tomorrow. | Aids: 1. Exercises from activity book Thinking skills: 1. Identifying 2. Logical Mathematics Moral Value: 1. Carefulness 2. Diligent |
Refleksi :
For step 2, subtraction with regrouping, pupil Toh Yue Qing still not really understand the concept. She only understand when I said “ If you have 2 sweets, would you be able to give me a sweet?” when I asked her this kind of questions by giving her a more concrete consept instead of numbers, she could easily solve the problem. So I think that’s the way she could really understand a concept.
Subscribe to:
Posts (Atom)