My Blog List

My Link

Tuesday 6 December 2011

Bahasa Malaysia Tahun 1


Rancangan Pengajaran Harian
Subjek                 : Bahasa Malaysia
Tarikh                  : 23.2.2011.
Masa                    : 12.00-1.00 petang ( 1 Jam )
Jumlah Pelajar     : 3 orang
Tema / Tajuk       : Unit 2 Belajar Bersama-sama
Standard Pembelajaran     : 2.1.2 Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan                                        sebutan yang betul.
                                          : 1.2.2 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata                                            terbuka dengan betul dan tepat.
Objektif Pembelajaran      : Di akhir pelajaran, murid dapat
                                                1. Menyebut dan membunyikan suku kata kvkv                                                          sekurang-kurangnya 6 daripada 8 perkataan.
                                                2. Menunjukkan kad kvkv yang disebut oleh guru dengan                                         betul sekurang-kurangnya 8 daripada 10 perkataan.
Pengetahuan Sedia Ada    : Murid dapat menyebut suku kata kv dengan jelas dan                                             tepat.
Unsur Kemahiran Berfikir: Menghubung kait
Alat Bantu Mengajar        : 1. Sampul surat
                                           2. Kertas latihanCari Perkataan
                                           3. Kad suku kat kvkv



Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
catatan
Set Induksi
(±5 minit )
Soalan:
1. Apa khabar?
2. Bagaimana dengan sambutan Tahun Baru Cina?
3.Awak dapat berapa ang pow?
1. Guru bertanya khabar.
2. Guru bertanya soalan:
3. Nyanyian ABC dengan gerakan tangan.
KB- menghubung kait
Perkembangan
(Langkah 1) (±15 minit )
Pengajaran
Cth:
baju
bola
bayi
1. Guru memaparkan suku kata kv+kv melalui Power point slide show.
2. Guru membaca suku kata kv+kv.
3. Murid membaca suku kata kv+kv.
KB- bacaan mekanis
Perkembangan
(Langkah 2)
(±15 minit )
Latihan:
1. ba + ju=______
2. roti =___+___
1. Guru mengedarkan latihan kepada murid.
2. Guru menjelaskan cara untuk menyiapkan latihan.
KB- klasifikasi

Nilai Moral- kesabaran
Perkembangan
(Langkah 3)
(±20 minit )
Permainan:
1. Guru melekatkan gambar pada papan putih.
2. Guru menunjukkan dua kotak yang adanya suku kata kv.
3. Murid diminta menggabungkan suku kata kv+kv dab memadankannya dengan gambar.
KB- klasifikasi

Nilai Moral- berkerjasama
Penutup
(±5 minit )
Nyanyian ‘ABC’
1. Murid beritahu apa yang telah belajar.
2. Guru menyanyikan lagu ‘ABC’.
KB- Membuat Kesimpulan

Refleksi:
       Objektif pada pengajaran dan pembelajaran ini tercapai apabila murid-murid dapat menyebut lebih daripada 6 suku kata kv+kv. Dalam permainan memadankan perkataan dengan gambar, mereka telah dapat melengkapkan kesemuanya sebanyak 14 soalan. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan yang salah dipadankan. Contohnya, dadu menjadi duda, labu menjadi bula dan buku menjadi duku.

No comments:

Post a Comment