My Blog List

My Link

Tuesday, 29 November 2011

Bahasa Malaysia Tahun 1


Rancangan Pengajaran Harian
Subjek                : Bahasa Malaysia
Tarikh                 : 16.2.2011.
Masa                  : 12.00-1.00 petang ( 1 Jam )
Jumlah Pelajar   : 3 orang
Tema                 : Keluarga
Tajuk                  : Unit 2 Belajar Bersama-sama
Standard Pembelajaran: 2.1.1 Membaca bentuk-bentuk, abjad dan  
                                        membunyikan huruf vokal  dengan sebutan yang betul.
Objektif Pembelajaran: Di akhir pelajaran, murid dapat
1.    Menyebut dan mengenal huruf besar secara turutan dengan carta.
2.    Menyebut dan mengenal huruf besar secara turutan dengan tanpa carta.
Pengetahuan Sedia Ada: Murid dapat menyebut huruf secara hafalan                                                             mengikut urutan sahaja.
Unsur Kemahiran Berfikir: Menghubung kait
Alat Bantu Mengajar      : 1.Buku lipat
                                        2.Kad huruf besar
                                        3.A-G ( forming board )
                                        4.Komputer riba



Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
catatan
Set Induksi
5 minit )
Soalan:
1.Apakah yang kamu lakukan semalam?
2.Tadi masa rehat dah makan?
3.Makan apa?
1. Guru bertanya khabar.
2. Guru bertanya soalan:
KB- menghubung kait
Perkembangan
(Langkah 1) (±15 minit )

Pengajaran
1.Guru menyuruh murid menyanyikan lagu “ABC”.
2.Guru mengenal huruf dari Buku Lipat.
3.Guru tunjuk dan murid sebut nama huruf.
4.Guru sebut dan murid tunjuk kad huruf.
5.Murid menyebut sambil menunjuk huruf-huruf yang digantung dalam kelas.
KB- bacaan mekanis

Perkembangan
(Langkah 2)
15 minit )
Latihan:

1.Murid membulatkan huruf yang sama bentuk.
2.murid mewarnakan huruf yang dibulatkan.
3.Smbung titik-titik untuk membentuk huruf.
KB- klasifikasi

Nilai Moral- kesabaran
Perkembangan
(Langkah 3)
20 minit )
Permainan:
1.Permaianan “Foaming board” dilakukan.
2.Murid dikehendaki mencari huruf A-G dalam kotak yang disediakan dan dimasukkan ke dalam “Foaming board”.
3.Huruf-huruf yang lain daripada A-G dimasukkan ke dalam kotak.
4.Murid dikira baik apabila “Foaming board” disiap.
5.Murid yang siap akan diberi stiker.
KB- klasifikasi

Nilai Moral- berkerjasama
Penutup
5 minit )
Nyanyian ‘ABC’

1.Guru menyanyikan lagu ‘ABC’.
2.Murid beritahu apa yang telah belajar.
KB- Membuat Kesimpulan

Refleksi:
       Set induksi pada hari ini tidak dapat menarik perhatian murid-murid. Soalan yang ditujukan kepada merka tidak dapat respon. Ini adalah disebabkan mereka tidak memahami Bahasa Malaysia. Akan tetapi, mereka menjawab soalan saya apabila saya bertanya soalan dalam Bahasa Cina.
       Inilah kali pertama saya menggunakkan Buku Lipat. Ia merupakan alat bantu mengajar yang mudah dan senang dibuat. Akan tetapi, ia banyak membantu saya semasa pengajaran kerana murid dapat bermain dengan Buku Lipat sambil belajar. Pergerakan tangan dapat mengurangkan kebosanan mereka.
       Permainan ‘Foaming Board’ dapat mengukuhkan lagi ingatan huruf besar A-G. Murid Lai Jing Xuan ingin bermain permainan ini beberapa kali. Walau bagaimanapun, dia masih kurang pasti terhadap huruf besar ‘B’ dan ‘G’. Penyebutan ‘D’ juga kurang jelas. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya, saya akan membimbing dia dengan menggunakan ‘Foaming Board’ sekali lagi kerana ia memang menarik perhatian murid Lai Jing Xuan.

No comments:

Post a Comment